link href='
 

Friday, June 8, 2012

Hadiah dari Anak

Tiba-tiba tangan gedik-gedik je nak menulis.. lame dah tak tinggal cite kat sini..
 seriously memang busy yang teramat sangat. 
Almaklum lah dah jadi student balik.Memang banyak benda nak kena recall balik sebab setahun lebih tinggalkan buku-buku pelajaran ni..tapi kalau novel jangan cakap tiap-tiap hari boleh menghadap siang bertemu malam..malam bertemu subuh boleh lagi tahan mata. 
InsyaAllah dengan doa Keluarga and kawan-kawan yang sentiasa ada bagi support,
aku mampu bertahan untuk capai DEGREE nie..
 InsyaAllah kitaorg anak-anak Mak tak kan hampa kan harapan dengan perngorbanan Mak. 
Kejayaan kitaorang adalah hadiah untuk Mak..


Suhana Binti Sharuddin
Diploma Perancang Bandar Dan Wilayah
UITM Seri Iskandar Perak


Suriawati Binti Sahruddin
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Utara Malaysia


Suhaila Binti Sharuddin
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniaagaan (Kewangan)
UITM Segamat 
p/s gambar mase konvo Diploma sebab degree tak abis lagi
InsyaAllah 2014 baru abis degree doa-doa kan ye...



Suriani Binti Sharuddin
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia UTHM
p/s: gambar ni jugak time dia konvo Diploma sebab Degree tak abis lagi 
InsyaAllah 2013 or 2014


Syafiqah Binti Sharuddin
Kolej Matrikulasi Gambang
p/s: gambar time graduasi MRSM Mersing 2011


Terima Kasih Mak Ngan Abah.. Ini semua atas didikan Mak n Abah
We LOVE u MAK n ABAH

Friday, March 2, 2012

Last Farewell

Aduhai bila tibe bab-bab perpisahan ni yang malas nie.. 
Ini yang nak menangis tujuh hari tujuh malam ni.. sangat lah tak suka dengan "GOODBYE".. tapi ape boleh buat tiap-tiap pertemuan ade perpisahan... maybe perpisahan tu satu permulaan bagi kehidupan yang lebih baik.. So, jangan sesekali anggap perpisahan satu pengakhiran dalam kehidupan...
panjang mukadimah hari ni... Rabu lepas (29022012) adalah my last day as a staff dekat TheStore Kuantan Parade..wah 4 tahun sekali tu nak jumpa tarikh nie..kebetulan same pulak dengan tarikh berhenti dengan akak ni yang dah 5 tahun keje.. So, ketua bahagian Account ajak kami yang staff Account Department nie makan...kirenye die nak belanje lah tuk anak buah die ni..
tengok baik tak baik nyer bos aku ni...
ni bukan bodek namenye..tak gune nak bodek-bodek sebab dah tak keje kan..Lokasi kejadian adalah di PIZZA HUT Kuantan Parade... 
itu je paling dekat pon sebab nak kejar punch card kan.. hehehe~
malas nak cakap banyk mari lah kita saksi kan bukti-bukti kejadian...

watak-watak kejadian..:

Aku dan Kak Aini
sedih bila nak berpisah walaupon baru 7 bulan keje... 
kalu aku yang baru ni apetah lagi Akak Aini yang dah 5tahun keje lagi lah sedih berganda..

 Kak Ida & Aku
kak Ida ni garang tau... tapi hati die baik.. tak gitu kak Ida??? hehe~


Aku dan Supervisor Account, Miss Lioh..
kalau tak faham tanye je die sume die tau....

PIZZA HUT
 4 biji pizza dorang order... first time aku makan 4 potong pizza..
kenyang sampai lusa aku rase... selalu muat untuk 2 potong je kali ni 4 aku sumbat..
naik lah berat badan lagi...

 bos-bos aku...
sebelum tu siap pesan kalau tak cukup mintak je nak makan ape..
tapi segan la nak mintak macam-macam...
kalau tak segan lame dah order itu order ini...
I kan pemalu orangnye...kuikuikui...


Office :
 Inilah office tempat aku keje... account department yang sentiase orang keluar masuk..
sume urusan handle by Account Department berkaitan check, delivery order,payment

my table....
tengok betape besarnye mesin kira-kire atas meja tu.. first time jumpe mesin kire-kire besar tu..
banyak pengalaman berharga aku dapat kat sini.. Ilmu pon banyak yang aku belajar..
first time pakai mesin faks, pakai mesin potostat,pakai mesin printer yang gedabak besar tu..

 Staff Account Department

Ape-ape pon terime kasih atas atas tunjuk ajar.... 
aku memang tak kan lupe pengalaman pertama bekerja...
So, lepas ni akan fokus pada STUDY....
UITM SEGAMAT... wait for me.....:)))


Monday, February 20, 2012

Genap 23

Makin lama makin susah nak update blog ni..
Ikhlas bukan malas tapi mood taknak lekat itu yang dah berbulan-bulan menyepi itu..
demi belog yang baru setahun jagung nie aku gagahkan diri untuk update..
01 February 2012 baru-baru nie bufday aku yang ke-23
Alhamdullilah naik satu tahun lagi...
So, bila umur pon dah naik ni macam2 lah yang ade dalam pikiran..
terfikir nak jadi lebih matang sesuai dengan umur..
terfikir nak buat sesuatu yang membanggakan diri dan orang-orang sekeliling
terfikir nak berubah kepada yang lebih baik walaupon sebelum ni memang baik..
terfikir nak itu terfikir nak ini...
Kawen???? ohhhh belum lagi terfikir ke arah itu..
jujur sejujur jujurnye aku tak bersedia..
sebab rase tak mampu lagi jadi ISTERI yang sempurna untuk Suami..

Sempena dengan birthday yang ke-23 nie aku nak bagi ucapan untuk diri sendiri..
semoga aku terus success di dunia dan di akhirat
semoga terpelihara Iman, Hati, Maruah Dan Nasfu
Terima kasih Allah..
Terima kasih Mak & Abah
Terima kasih Keluarga
Terima kasih Sahabat

tak pernah di buat orang pakai lilin besar gedabak sambut bufday..
tapi takpe unik sikit...

Thanks Sahabat sebab sentiasa ada waktu susah senang..

L.O.V.E
Ini panorama bukan macam nak sambut bufday tapi macam nak propose



U  L.O.V.E  I


Hadiah berharga untuk aku tahun ini adalah dapat sambung Degree dekat UITM Segamat..
Syukur sangat-sangat Thanks You Allah.. Mak, this is for you...

Thanks jugak untuk N.I.A.G sebab wish bufday walaupoonnnn.....

Saturday, November 26, 2011

Salam awal Muharam dan Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru dalam Islam...
Salam Maal Hijrah 1433H
Sama-sama kita hayati perngorbanan umat-umat terdahulu dalam menegakkan Hijrah Islam
Sama-sama lah kita Hijrah kan diri kita ke arah kebaikan
semoga segalanya akan lebih baik dari sebelumnya InsyaAllah...



credit pic: I LUV ISLAM.COM

Jom ramai-ramai baca 
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun 


maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s; berpesan-pesan dengan Kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran...

Friday, November 25, 2011

Rindu Dia.....

“Apabila meninggal nya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”



Al-fatihah
07/04/1961-17/10/2011
she is everthing in my life..
she is part of my life..





Mak akan sentiasa dalam ingatan dan doa adik selamenya..
miss u Mak..

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua yang beragama Islam...
buat semua keluarga tersayang dan saudara mara...
tak lupa juga buat sahabat yang jauh dah dekat...
tidak ketinggalan buat rakan-rakan laman sosial Blog, Facebook, Myspace, Tagged, Yahoo Massanger, Friendster...(macam lah dorang bace)... 
Juga buat insan yang 11 tahun tetap di hati... N.I.A.G.... 
Dengan ucapan semoga berbahagia menyambut Aidilfitri Tahun ini...
wahhhhh!!!! dah macam aku duduk Alaska pulak ucapan macam nie....
tapi takpe janji dapat buat ucapan secara live bertulis....
heheheehehe~


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Gambar raya tahun lepas (2010)

Saturday, August 20, 2011

black N white

Disebab kan aku duduk dalam Negeri Pahang yang memang Makmur sentiase nie..
aku memang suke tengok Bendera Pahang.. kalau cakap tak suke nanti orang kate lupa daratan pulak..
tapi jujur dari lubuk yang paling dalam aku suka and bangga dengan Bendera Pahang..
nak tau sebab ape sebab bendera Pahang tu unik dengan corak dah warna die... 
unik sebab die takde ape-ape gambar just hitam dan putih.. tak ke smart gitu...


di sebab kan itu aku suke tengok benda2 yang balck and white nie tapi tak termasuk cicak punye najis ye...
hehehehe~
hitam putih ni banyak berkait rapat dengan aku jugak bukan setakat aku duduk Pahang

 kereta kakak-kakak ku...
myvi best dan myvi lagi best....
ni yang buat aku berkobar-kobar nak ambik lesen nie..
yela lepas ni pilih je nak bawak kete mane.... hehehe~ (ambik kesempatan)
yela kete akak kete adiknye jugak kan???



Headfone
Hitam-Beat by Dr dre
Putih-Sony

tak tau lah kalau tengok ape-ape barang aku suka warna hitam n putih
sebab die nampak smart..
White kan suci bersih lembut...
black kan menawan....

 

SUHAILA SHARUDDIN Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting